Skru longgar, BSH panggil balik Vario 160 dan ADV 160

5736

Boon Siew Honda (BSH) memanggil balik Honda Vario 160 dan ADV 160 susulan penemuan isu keselamatan atau kecacatan yang mungkin meningkatkan risiko keselamatan pengguna.

Menerusi memo yang dikongsi oleh salah seorang pengguna Facebook di grup Honda ADV 150/160 Malaysia (Official); BSH meminta pengguna yang terkesan menghantar motosikal untuk pemeriksaan.



Isu itu dikesan selepas beberapa pemilik membuat aduan berkaitan drive face nut yang longgar atau berisiko tercabut daripada drive face.

Susulan itu, motosikal berisiko mengalami bunyi yang tidak normal atau enjin terhenti ketika menunggang mahupun tersekat. 

Model enjin yang terlibat adalah:

  • Vario 160: KF49E-8000001; KF49E-8015711
  • ADV 160: KF51E8000001; KF51E8010601

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here