Land Cruiser 250 Series rasmi debut di Jepun, 5-tawaran enjin

476

Toyota Motor Corporation (TMC) memperkenalkan Land Cruiser 250 Series ataupun Toyota Prado. Pelancaran rasmi model itu akan berlangsung separuh pertama 2024 di Jepun.

Selain itu, TMC turut mengumumkan kemunculan semula Land Cruiser ’70’ tugas berat di Jepun pada musim sejuk akan datang. Sekaligus menjadikan ketiga-tiga Land Cruiser series boleh didapati di Jepun.

Sejak dilancarkan, Land Cruiser merekodkan jualan kumulatif 11.3 juta di hampir 170 negara dan wilayah seluruh dunia. 



Land Cruiser series kini berusia 72 tahun sejak pelancaran Toyota BJ pada 1 Ogos 1951. Ia menjadi kenderaan pertama mendaki ke stesen keenam Gunung Fuji.

Sehingga kini, rangkaian Land Cruiser dibahagikan kepada tiga siri berbeza iaitu:

  • Station Wagon yang sentiasa didatangkan dengan teknologi terkini dan berkembang menjadi model perdana (kini 300 Series)
  • Model tugas berat dengan ketahanan yang luar biasa dan pemanduan prestasi off road (70 Series)
  • Model tugas ringan yang memberikan kemudahan pengendalian dan keselesaan laluan off road sebagai gaya hidup dan pilihan praktikal untuk pelanggan (Prado)

INFORMASI RINGKAS LAND CRUISER 250 SERIES:

  • Dimensi meningkat yang mana kini lebih panjang 4,925mm (+100mm), lebar 1,980mm  (+95mm), tinggi 1,870mm (+20mm) dan antara roda 2,850mm (+60mm).
  • Jarak roda kini sepadan dengan Land Cruiser 300 Series bersaiz penuh yang mana ruang kabin dipertingkatkan. 
  • Menggunakan platform TNGA-F dengan model 300 Series, bertujuan meningkatkan keupayaan off-road. 
  • Ketegaran meningkat dengan ketara iaitu 50 peratus dalam ketegaran bingkai dan 30 peratus peningkatan bagi keseluruhan.
  • Naiktaraf prestasi suspensi meningkatkan persendian roda yang memberi keupayaan untuk tayar kekal di atas tanah ketika off road. 
  • Stereng kuasa elektrik (EPS) mengurangkan kehilangan kawalan stereng ketika off road, memberikan rasa lebih tajam, meningkatkan kebolehgerakan pada kelajuan rendah.
  • Stabilizer Disconnect Mechanism (SDM) pertama kali digunakan pada kenderaan Toyota. Operasi menerusi butang kawalan melaraskan stabilizer depan yang memberikan prestasi dan keselesaan pengendalian off-road dan kestabilan atas jalan biasa.
  • Kemas kini sokongan pemanduan off road menerusi ciri peralatan termaju Multi-Terrain Monitor dan Multi-Terrain Select.
  • Terdapat dua penampilan iaitu bahagian depan berwarna hitam dengan lampu utama bulat yang diilhamkan oleh Land Cruiser 70 Series, dan gabungan warna hitam dan badan dengan lampu depan segi empat tepat nipis.
  • Kedua-duanya dipadankan dengan bingkai plastik hitam kusam dan lencana ‘TOYOTA’ di tengah gril mesh depan.
  • Penggayaan badan berkotak berkongsi dengan kembarnya Lexus GX yang akan bersaing dengan Land Rover Defender luxury 4WD.
  • Skrin sentuh 9-inci dan skrin paparan pemandu 4.2-inci (dengan dial analog) digantikan dengan paparan instrumen lebih lebar 12.3-inci dan skrin infotainmen 12.3-inci.
  • Ciri peralatan lain termasuklah ketersambungan Apple CarPlay tanpa wayar dan Android Auto dengan wayar, navigasi satelit, pengecas telefon pintar tanpa wayar, kawalan udara multi-zon dan perkhidmatan telefon pintar.
  • Kerusi kemasan kulit bagi model teratas dengan ciri pemanas dan pelarasan berkuasa elektrik.

ENJIN

TMC menawarkan 5-pilihan janakuasa  yang dipasarkan ke beberapa negara iaitu: 

  • 2.4-liter petrol turbo Hybrid | Direct Shift-8AT (330PS / 630Nm): Amerika Utara, China
  • 2.4-liter petrol turbo | Direct Shift-8AT (281PS / 430Nm): Timur Tengah, Eropah Timur
  • 2.8-liter diesel turbo (sistem hibrid 48V) | Direct Shift-8AT (204PS / 500Nm): Australia, Eropah Barat
  • 2.8-liter diesel turbo | Direct Shift-8AT (204PS / 500Nm): Eropah Barat, Eropah Timur, Jepun, Timur Tengah, dll 
  • 2.7-liter petrol | 6 Super-ECT (163PS / 246Nm): Eropah Timur, Jepun, dll

Di samping itu, Jepun juga bakal menerima 70-series yang akan menggunakan enjin 2.8 liter diesel bersama transmisi 6-kelajuan automatik. 

Ia memberikan prestasi off road yang terbaik menerusi hantaran tork dan output tinggi serta bunyi bising enjin yang rendah dan penjimatan bahan api.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here