Tentera patahkan cubaan seludup beras, gula di sempadan Malaysia-Indonesia

192

Sebanyak 210 kampit beras, 2,000 paket gula, 30 kotak minuman keras serta beberapa jenis barangan makanan lain dirampas ketika cuba diseludup keluar seorang lelaki tempatan ke Indonesia.

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Divisyen) berkata tangkapan dan rampasan berjumlah lebih RM125,000 termasuk sebuah lori tiga tan dianggarkan bernilai RM90,000 itu dibuat tentera darat semasa melakukan rondaan di Serikin kira-kira jam 3.30 petang semalam.

“Semasa sedang menjalankan rondaan, anggota menahan sebuah lori dari Malaysia yang cuba memasuki Indonesia menggunakan jalan tidak sah.



“Hasil pemeriksaan mendapati seorang pemandu lori lelaki warga tempatan berusia 52 tahun didapati cuba membawa barang-barang terkawal dari Malaysia ke Indonesia,” katanya.

Katanya semua barangan, kenderaan termasuk pemandu lori tersebut diserahkan kepada Ibu Pejabat Daerah Bau untuk siasatan lanjut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here