PMX: Tesla beli kompleks besar di Cyberjaya sebagai ibu pejabat

809

Tesla Inc telah membeli kompleks besar di Cyberjaya untuk dijadikan sebagai ibu pejabat syarikat tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dimaklumkan oleh wakil pemilik syarikat Elon Musk kepada beliau minggu lalu.

“Tanya Tesla, Elon Musk banyak negara beri insiatif dan peluang, tetapi pilih Malaysia iaitu Cyberjaya di Selangor.



“Minggu sudah wakil jumpa saya (beritahu) sudah beli kompleks besar dan jemput Perdana Menteri rasmi awal Oktober atau akhir September.

“Saya jawab setuju dengan syarat bawa Elon Musk rasmi bersama dengan saya,” katanya pada ceramah umum sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Beranang malam tadi.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here