Suami beri kejutan sebuah supercar Ferrari buat isteri

268

Sebuah video yang dikongsi akaun TikTok Bos Lambo mendapat perhatian warga maya apabila seorang suami memberi kejutan membeli sebuah Ferrari berwarna putih buat isterinya.

Difahamkan hadiah berkenaan sebagai tanda terima kasih kepada isteri kerana melahirkan ramai cahaya mata.



Supercar bernilai sekitar RM1.2 juta itu dibawa di atas treler yang kemudian dihiasi dengan belon pelbagai warna.

Kejutan yang dilakukan di jalan awam dipercayai di bahu jalan di Sunway, Petaling Jaya itu turut ditonton orang awam yang berada di lokasi selain rakan pasangan berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai berasa terharu dan teruja dengan kejutan mewah lelaki tersebut.

@louisgui_legend_oe hadiah untuk Bini😱😱 #supercar #ferrari ♬ original sound – Boss Lambo

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here