Tular hadiahkan anak Porsche Cayman, ini kisah sebaliknya…

1169

Baru-baru ini tular di media sosial apabila gadis berusia 21 tahun menerima sebuah kereta sport Porsche.

Momen indah buat remaja berkenaan diadakan di depan sebuah Hong Soon Minimart Putera Indah, Batu Pahat, Johor.



Rupanya kereta berkenaan dihantar di tempat gadis berkenaan bekerja pada jam 8 malam. Kerana diadakan di lokasi awam dan menjadi tontonan, imej sambutan hari lahir berkenaan mula beredar di media sosial.

Porsche 718 Cayman berwarna kuning tersebut diletakkan dalam sebuah kotak besar plexiglass berisi belon yang tertera ucapan selamat hari lahir. 

Ibunya yang dikenali sebagai Wen berkata, hadiah tersebut bagi memenuhi janji kepada anak gadis mereka beberapa tahun yang lalu.

“Itu adalah janji seorang ayah kepada anak perempuannya. Dan sekarang kami mampu, kami memutuskan untuk menunaikan janji itu.

“Masa dia kecil, ayahnya berjanji akan membelikan sebuah kereta mewah apabila dia berusia 21 tahun,” kata ibunya yang berusia 39 tahun.

Lebih mengejutkan, gadis tersebut menerima hadiah hari jadinya sebulan lebih awal. Ibu itu menjelaskan bahawa hari lahir anak perempuannya pada bulan Disember.

Oleh kerana mereka menemui kereta yang sesuai untuknya lalu memutuskan memberi kejutan lebih awal. 

Porsche 718 Cayman coupe dijual pada harga bermula daripada RM555,000. Ia dijana oleh enjin 2.0 litre turbo flat-four yang menghasilkan kuasa 300hp dan tork 380Nm bersama transmisi PDK dual klac 7-kelajuan. 

 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here