Lelaki ditahan cuba curi motor polis

520

Tindakan mencurigakan seorang lelaki menolak motosikal yang diletakkan di parkir Hospital Ampang mengundah padah apabila ditahan kelmarin.

Tindakan suspek disedari oleh orang awam dan memaklumkan kejadian tersebut kepada anggota polis yang bertugas di Pondok Hospital Ampang. Motosikal yang menjadi sasaran pencuri berkenaan merupakan milik seorang anggota polis. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian itu disedari orang awam selepas melihat suspek berusia 34 tahun menolak sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan.



“Suspek didapati gagal memberi alasan munasabah mengalihkan motosikal tersebut dan disyaki cuba mencuri motosikal tersebut,” katanya. 

Suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah tersebut turut diuji positif dadah dan kes disiasat di bawah Seksyen 379A / 511 Kanun Keseksaan.
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here