Ronaldo dilarang pandu supercar ke Manchester dibawah pengurus baharu

4450

Seperti mana kita tahu Cristiano Ronaldo memiliki pelbagai koleksi kenderaan daripada SUV mewah hinggalah ke hypercar sejak mula menjadi bintang Machester United sekitar tahun 2009.

Terdahulu, Ronaldo terpaksa melupakan hobi memandu koleksi keretanya secara laju dan hanya boleh memandu Bugatti 30km/j sahaja bagi mematuhi had laju ditetapkan di kawasan kediamannya.



Namun sekali lagi, hobi Ronaldo dan semua rakan pasukannya dilarang memandu supercar ke Manchester United di bawah kejurulatihan baharu, Ralf Rangnick.

Pengurus baharu, Ralf Rangnick, 63 tahun dikatakan menggunakan peraturan tersebut untuk kebaikan ahli pasukannya, dan pemain hanya boleh memandu kereta yang disediakan syarikat sahaja ketika untuk menjalani latihan.

Setakat ini, Ronaldo memiliki koleksi kenderaan mewah dengan nilai keseluruhan  £17 juta (RM97.7 juta) dan semuanya berupaya memecut lebih 300km/j. Antaranya adalah Lamborghini Aventadors, Rolls Royce Cullinan, Ferrari F12 TDF, McLaren Senna dan mungkin bakal pemilik Bugatti Centodieci keluaran terhad.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here