Dua geng motor bergaduh, tujuh ditahan

530

Bermula dengan sindir-menyindir di laman sosial TikTok menjadi angkara berlakunya ‘peperangan’ antara dua geng motosikal di sebuah restoran di Pandan Indah, semalam.

Difahamkan, kedua-dua geng berkenaan amat popular dalam kalangan ‘mat rempit’ dan peminat permotoran kerana ditubuhkan sejak 1990-an serta awal tahun 2000.



Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, mereka dikatakan mengadakan pertemuan di restoran berkenaan selepas tidak puas hati disindir.

Menurut sumber, seramai tujuh lelaki berusia antara 19 hingga 33 tahun ditahan polis susulan pergaduhan itu.

“Ketika pertemuan itu berlaku perselisihan hingga menyebabkan pertengkaran. Pergaduhan menggunakan topi keledar dan kerusi menyebabkan beberapa pengunjung restoran lari menyelamatkan diri.

“Pengunjung kemudian menghubungi polis dan sempat merakam kejadian. Rakaman video pergaduhan itu turut tular di media sosial,” katanya.

Bertindak atas laporan, sumber berkata, polis ke lokasi dan menahan dua suspek serta merampas barang disyaki digunakan semasa pergaduhan. Menurut sumber, lima lagi suspek ditahan di sekitar Ampang Jaya.

Hasil soal siasat, punca pergaduhan kerana rasa tidak puas hati penyebaran di laman sosial mengenai dua geng itu hendak bergabung.

“Satu kumpulan enggan bergabung dengan satu lagi sehingga berlaku sindir-menyindir di Tik Tok sehingga membawa kepada pergaduhan di lokasi kejadian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan penahanan tujuh suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here