Boleh bayar tol guna kad debit, kredit di Lebuhraya MEX mulai esok

326

Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) akan mula melaksanakan Sistem Pembayaran Tol Terbuka (SPT) bermula esok bagi membolehkan pengguna membuat pembayaran menggunakan kad debit atau kad kredit.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata kemudahan itu sekali gus memberikan alternatif baharu pembayaran tol kepada pengguna selain kaedah sedia ada seperti Touch ‘n Go, SmartTag dan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID).



Sebagai permulaan enam lorong di Lebuhraya MEX akan dibuka untuk pengguna menggunakan kemudahan SPT itu.

“Ia adalah sebahagian inisiatif Kementerian Kerja Raya (KKR) untuk melaksanakan sistem SPT di 12 lebuh raya terpilih secara berperingkat bermula September 2023,” katanya. 

Maju Expressway Sdn Bhd (MESB), syarikat konsesi Lebuhraya MEX adalah antara 12 lebuh raya terawal yang melaksanakan sistem SPT yang mana pengujian sistem bermula Julai lalu bagi memastikan kelancaran pelaksanaan operasi selaras dengan piawaian ditetapkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

“Sementara itu KKR ingin menasihatkan pengguna lebuhraya supaya memastikan baki kad debit atau kad kredit mencukupi sebelum digunakan untuk pembayaran tol.

“Sekiranya transaksi menggunakan kad bank gagal, pengguna boleh menggunakan kad bank lain ataupun kad TnG,” katanya.

12 lebuhraya yang bakal melaksanakan sistem SPT:

  • Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE)
  • Lebuhraya Besraya
  • Lebuh Raya Pantai Baharu (NPE)
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
  • Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint)
  • Lebuhraya Shah Alam (Kesas)
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  • Terowong SMART
  • Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke)
  • Jambatan Pulau Pinang (JPP)

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here