Rim GTO terjual pada harga RM43k

2235

Seorang pemuda yang menggunakan akaun Facebook Mat Nor Tempang berkongsi menjual sepasang rim GTO pada harga RM43,000.

“Alhamdulillah.. gto sold dengan harga RM 43,000!. Terima kasih boss Moskito Boss buyer steady! 2023 awak punya, pakej siap pasang sekali.. BUKAN KULIT BUAYA,” tulisnya.



Berdasarkan pemerhatian hantaran Facebook lelaki tersebut, dia turut menjual beberapa model rim yang lain, coverset, helmet dan sebagainya.

Nilai pasaran semasa rim GTO adalah berdasarkan kondisi, semakin minimum kecatatan semakin mahal komponen berkenaan. Ditambah, stok yang sukar diperoleh. 

Ia merupakan komponen kayangan dan sport rim paling mahal yang pernah ada di Malaysia. Sekitar 10 tahun lalu, harga rim berkenaan dianggarkan RM1,500 hingga RM2,000.

Walaupun memiliki rekaan klasik, rim tersebut solid dan tahan lasak. Ia menjadi buruan dalam kalangan pemilik Yamaha RX-Z.

Asalnya, rim tersebut daripada motosikal klasik Kawasaki GTO dengan ukuran lebar 1.4 depan dan 1.8 di belakang. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here