Misteri tangga lebuhraya PLUS akhirnya terjawab…

4622

Pernahkah anda terfikir ke manakah arah tangga di sepanjang lebuhraya Utara-Selatan PLUS?, apakah yang ada di bahagian atas?.

Mungkin pengguna lebuhraya mengetahui tentang tangga ini atau sebaliknya. Namun tidak pernah mencari tahu mahupun cuba meneroka untuk menaiki tangga berkenaan.



Seorang pengguna Tiktok @meggikare akhirnya menjawab rasa ingin tahu tentang tangga berkenaan.

“Ini angan-angan aku dari kecil tau, aku selalu terlepas, hari ni aku nampak lori berhenti baru aku teringat.

“Aku daripada kecil nak tahu apa ada kat atas tu, tangga dia dalam 200 steps lebih kot tinggi gila sebenarnya tempat ni lookup point tapi sebab tak maintain pokok, tu tak nampak apa view. Adalah satu rumah rehat atas ni,” jelasnya. 

Di bahagian puncak bukit terdapat pondok rehat beratap dengan bangku yang dikelilingi pokok dan pengguna dapat menikmati pemandangan lebuh raya. Dipercayai lokasi tangga berkenaan dikenali sebagai Vista Point.

Difahamkan di lebuhraya PLUS terdapat dua lokasi tinjau sedemikian iaitu Point Pedas Linggi (arah utara) dan Point Ipoh (arah utara).

@meggikare

finally dari kecil aku nak tau apa ada kt atas tu.. korang perasan x? #northsouthhighway #lebuhrayautaraselatan #misteri #rnr #pitstop #fyp #fypp #ttviral #ttmalaysia #fyppppppppppppppppppppppp #viral

♬ LIMITS THE SKY – Mpax

Perkongsian itu menggembirakan ramai netizen dan berterima kasih kepadanya kerana segala persoalan akhirnya terjawab.

“Ty bang.. abg dah slamatkan kaki sy dari cramp panjat tinggi2.”

“Aku ingat, aku je teringin nak naik atas tu.”

“Bapak saya selalu bawak saya naik waktu kecik dulu..best..dh sampai atas boleh tengok rumah2..pemandangan jalan raya…tapi itu dulu…”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here