Sistem Autopilot Tesla sebabkan kecederaan, polis Texas failkan saman RM83 juta

1713

Tesla dinamakan sebagai pihak defendan dalam tuntutan saman bernilai AS20 juta (RM83.7 juta) yang menyebabkan kecederaan lima anggota polis di Splendora, Montgomery County, Texas susulan kegagalan sistem Autopilot.

Kesemua anggota tersebut cedera parah, termasuk mengalami kecacatan kekal ketika mencari dadah dalam sebuah model Tesla yang ditahan di tepi lebuh raya Eastex.



Menerusi Tetuan Buzbee Law dan Muery & Ferrell PC, pihak plaintif mendakwa Sistem Bantuan Pemanduan Termaju Autopilot Tesla masih belum sempurna. 

“Disebabkan defek rekaan dan pembuatan, Tesla gagal memaklumkan atau memberi amaran tentang kelemahan sistem berkenaan waima mengakui kesalahan atau memperbetulkan defek yang terjadi.

“Autopilot dan sistem keselamatan Tesla gagal mengesan kereta polis atau berfungsi dengan baik mengikut situasi bagi mengelak atau memberi amaran bahaya di depan dan  risiko kemalangan,” tulis peguam dalam pernyataan tuntutan. 

Peguam yang mewakili mangsa, Tony Buzbee, mengatakan kemalangan sedemikian berlaku di seluruh negara. Baru-baru ini polis Florida juga mengeluarkan rakaman kemalangan serupa yang berlaku pada akhir bulan Ogos.

Dilaporkan Tesla menambah ciri kemampuan mengesan dan memperlahankan kenderaan  berdasarkan lampu kecemasan kereta tetapi masih dalam siasatan oleh Pihak Berkuasa Persekutuan untuk keselamatan ciri Autopilot.

Ada juga yang mendakwa bahawa sistem itu mengelirukan pengguna.

BACA>>Kajian: Ramai pemandu tidak faham fungsi autopilot, main telefon dan tidur dalam kereta

BACA>>Lagi kes kemalangan libatkan mod Autopilot, kali ini dengan Tesla Model Y

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here