Lagi kes kemalangan libatkan mod Autopilot, kali ini dengan Tesla Model Y

1577

Kes EV Tesla yang merempuh kenderaan lain berlaku lagi. Kemalangan pada kali ini melibatkan sebuah Tesla Model Y kerana pemandunya menggunakan mod Autopilot.

Beberapa gambar viral dalam group Facebook Tesla Model Y, yang menunjukkan EV tersebut dan sebuah SUV berwarna putih dalam keadaan rosak teruk.



Kejadian difahamkan berlaku di Miami Beach, dan menurut individu yang berkongsi gambar tersebut, sistem Autopilot pada Model Y tersebut gagal membrek, dan merempuh bahagian belakang SUV.

Walaupun mod Autopilot diguanakan semasa kejadian, sistem ini masih memerlukan pemandu untuk memberi fokus dan bersedia jika berlaku kegagalan sistem.

model y autopilot

Masih tidak dipastikan kelajuan EV tersebut semasa berlaku kemalangan, tetapi berdasarkan gambar, kedua-dua kenderaan yang terlibat mengalami kerosakan yang agak teruk.

Seluruh bahagian hadapan Model Y hancur, dan sekurang-kurangnya satu tayarnya pecah, sementara bampar belakang SUV yang dilanggar juga mengalami kerosakan yang teruk, sehingga SUV tersebut terangkat dan berada di atas bonet hadapan Model Y.

Tidak kira sama ada mod Autopilot diaktifkan ketika kemalangan atau tidak, pemandu Tesla seharusnya dipersalahkan dan sudah tentu perlu memberi penjelasan kepada pihak berkuasa dan juga pihak insurans.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here