
Setiap kali cuti persekolahan, pastinya ramai ibu bapa mengambil kesempatan untuk membawa ahli keluarga untuk bercuti ke suatu destinasi yang menarik. Namun, sudah tentu wujud gejala seperti letih, tidak berupaya dan mengantuk ketika memandu sehingga sampai ke destinasi yang ingin dituju.
Perkara seperti ini boleh mengundang bahaya kerana jika hanya sedetik sahaja anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99 peratus.
Sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa gejala ini ini. Potongan ayat tersebut berbunyi…
” LA TAKKHUZUHU SINATUW WALA NAUM…” Maksudnya: [DIA – ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR
Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca dan mengamalkan Ayat Qursi 3x sebelum memulakan perjalanan dan ditambah dengan ayat berikut:
“BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA’ WAHUWASSAMIUN ‘ALIIMM” 3X.
Semoga Ayat-ayat ini boleh membantu dan boleh kita amalkan. Dengan ini kita akan lebih segar, tidak mengantuk ketika memandu, dan tidak bersa lemah untuk melakukan segala perkerjaan.
SELAMAT BERAMAL !! SEBARKAN KEPADA RAKAN-RAKAN ANDA UNTUK MEMPEROLEH MANAFAAT BERSAMA