Pemilik Tesla Model 3 dikecam gara-gara ‘bahan’ pengguna UK sukar dapatkan bekalan minyak

3355

Provokasi krisis minyak yang dilakukan pemilik Tesla Model 3 ini menerusi akaun TikTok mengundang kemarahan rakyat United Kingdom (UK). 

Video tersebut mendapat lebih 1 juta tontonan dan rakyat UK menganggap itu adalah tindakan ‘bodoh’ apabila mereka berdepan dengan masalah kekurangan bekalan minyak. 



Pemandu Tesla yang berasal dari bandar Swansea, Wales, UK tersebut menjelaskan rakaman video berkenaan secara spontan ketika perjalanan ke tempat kerja. Apabila melihat barisan panjang di stesen Shell, dia berhenti dan merakamkan video. 

Menerusi video tersebut, dia keluar dari kereta sambil memegang botol minyak kecil berwarna hijau lalu berjalan ke arah pam untuk membeli minyak seolah ‘membahan’ sedangkan kereta miliknya jenis elektrik. 

Namun orang ramai mengecam tindakan lelaki itu yang menganggap gurauan tersebut bukan waktu yang tepat kerana situasi yang dihadapi agak parah. 

Bagaimanapun, dia meminta maaf atas tindakan tersebut dan mengatakan kereta tersebut adalah milik isterinya. Dalam situasi tersebut pemilik kenderaan elektrik (EV) beruntung kerana tidak terkesan malah dilaporkan permintaan EV meningkat sejak krisis berkenaan. 

@im_tesla_

Petrol crisis in UK 🥵😱🤭⛽️ #fypシ #fyp #petrolstation #ukpetrol #petrolcrisis #tesla #model3 #funny

♬ original sound – wavawes

BACA>>Kekurangan tenaga kerja pemandu, menyebabkan krisis bekalan minyak di UK

BACA>>Krisis minyak di UK, lepas tujuh jam baru pemandu Ronaldo dapat isi minyak itupun tak penuh

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here