HLYM lancar skuter maksi TMAX 560, harga RM72k

2679

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) rasmi memperkenalkan skuter maksi Yamaha TMAX 560 ke pasaran tempatan pada harga RM72, 288 seunit.

Yamaha TMAX 560 dijana oleh enjin 560cc yang menghasilkan kuasa 46.9hp@ 7,500rpm dengan tork 55.7Nm @ 5,250rpm. Kuasa  ke roda belakang disalurkan menerusi transmisi automatik dan sistem tali sawat.



Berikut ciri peralatan yang ditawarkan pada TMAX 560 (2021) berkenaan:

  • Sistem Kawalan Traksi untuk kawalan tunggangan optimum
  • Sistem suspensi belakang swingarm boleh laras dan menggunakan suspensi depan fork teleskopik
  • Sistem Kunci Pintar 
  • Visor angin yang boleh dilaras sehingga 135mm secara elektrik 
  • Kawalan kruise
  • Kerusi dengan ciri pemanas dan anti gelunsur
  • Panel instrumen TFT multi-fungsi yang memaparkan pelbagai maklumat antaranya D-MODE, ABS dan TCS
  • Saiz tangki minyak 15 liter dan ruang simpanan bawah pelana lebih luas

BACA>>Survei: Skuter motor panas di Perancis, ramai pemilik tak tahu adanya peranti GPS

Didatangkan dengan tagline Luxury in Motion, skuter TMAX 560 ditawarkan dengan warna badan Power Grey dan Tech Kamo.

Yamaha TMAX 560 didatangkan dengan ciri lampu depan dan signal LED, reflektor yang lebih tajam, lampu signal tirus dan set lampu belakang menggunakan konsep huruf T dengan ciri  LED.

Dari segi dimensi skuter maksi berkenaan memiliki panjang 2,200mm, lebar (765mm) dan tinggi (1,420mm) dengan berat 220kg.

Pada majlis yang sama, HLYM turut previu dua buah model yang bakal dilancarkan hujung tahun ini iaitu Yamaha MT-09 dan Yamaha Tracer 9 GT yang mana kedua-dua model dilengkapi dengan enjin 889cc 3-silinder. 

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

 

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here