[Video] Beli Yamaha Aerox demi kekasih, sayangnya dia pilih pacar Honda Beat

1497

Apabila sudah terlalu mencintai, apapun sanggup dilakukan untuk sang kekasih. Seperti kisah di negara seberang ini.

Menerusi video yang dimuatnaik akaun TikTok @ekyprtm, seorang remaja lelaki rela membeli motor baharu Yamaha Aerox atau di Malaysia dikenali sebagai Yamaha NVX demi sang kekasih.



 

Video 30 saat itu menunjukkan teman lelaki berkenaan menerjah kekasihnya dengan lelaki lain.

“Aku nyariin kamu di mana-mana, kamu bilangnya tidur..tidur…ini aku udah beli erox kamu malah selingkuh ama Beat,” katanya kecewa. 

Kedatangannya secara mengejut itu membuatkan mereka terpinga.  Lalu pemilik Honda Beat itu bertanyakan hubungan mereka berdua.

Mendengar jawapan “cewe gua!!!”, lelaki tersebut santai menjawab “orang ini cewe gua juga!”.

@ekyprtm

udah pake erok masih aja diselingkuhin sama bit😭

♬ suara asli – SAYA 🆖🆎ERS. – SAYA 🆖🆎ERS.

Akhirnya lelaki Yamaha Aerox berkenaan marah dan memutuskan hubungan dengan kekasihnya. Sebelum memulas terotel dia sempat menendang tayar depan skuter Honda Beat tersebut.

Ketawa melihat situasi itu, lelaki berkenaan sempat menyindir, “Aerox doang sendiri, kalah sama Beat.”

Video yang viral di media sosial itu mendapat respons pelbagai daripada netizen dan ada  yang geli hati melihat penunggang Aerox tersebut menggunakan helmet Hello Kitty. 

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here