Keluarga ini beli Motorhome dari UK bercuti keliling Terengganu

3230

Pandemik yang sudah hampir dua tahun menyebabkan ramai orang termasuklah kita perlu duduk di rumah. Segala perancangan percutian luar negara mahupun lokal terpaksa dibatalkan.

Bagaimanapun banyak negara sudah mula membuka pintu sempadan secara berperingkat dan ada beberapa negara telah memulakan  aktiviti pelancongan. 



Malaysia masih belum membenarkan rentas negeri bagaimanapun rakyat sudah boleh bergerak antara daerah. Kebenaran ini membolehkan kita berkunjung ke pusat pelancongan dalam negeri seperti yang dilakukan oleh keluarga ini.

Menerusi perkongsian di Tiktok mereka mengembara di lokasi menarik sekitar Terengganu menggunakan Motorhome.

Motorhome tersebut diimport dari United Kingdom kerana harganya jauh lebih murah bagaimanapun proses penghantaran mengambil masa hampir sembilan bulan kerana perlu melalui pelbagai prosedur penting.

 

Mereka membeli RV tersebut pada harga RM400,000 berbanding harga jualan tempatan yang boleh mencecah RM600,000.

“Kami sebenarnya sekeluarga memang suka travel dan minat buat aktiviti luar. Disebabkan sekarang pergerakan terhad dan rasa kurang selamat untuk menginap di hotel, maka bercuti dengan motorhome adalah salah satu pilihan.

“Bermula dari Januari sehingga selesai segala prosedur JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) dan Puspakom, akhirnya motorhome ini jadi milik ayah pada awal September lalu,” kata Alya Dalila Ahmad.

Dilengkapi pelbagai kemudahan seperti dapur, peti sejuk, katil dan tandas, kenderaan ini sangat bersesuaian buat mereka yang mahu mengembara tanpa memikirkan kos penginapan selain memudahkan pergerakan untuk ke lokasi yang dituju.

“Impian untuk travel dengan Motorhome di luar negara pun masih tak kesampaian disebabkan Covid-19.

“Jadi buat masa sekarang ni ayah bawa kami jalan-jalan menikmati keindahan alam di sekitar Terengganu sahaja.

“Bulan ni saja kami berkhemah di Pantai Bukit Keluang, Pantai Penarik, makan tengah hari di Tasik Kenyir dan insyaAllah lepas ni nak berkhemah di Pantai Seberang Marang pula,” kata Alya.

Namun kerana saiznya yang besar mereka perlu mengambilkira kawasan parkir yang lebih lapang. Ini kerana Motorhome bukanlah satu gaya hidup kembara dalam kalangan rakyat tempatan.

Jika di luar negara tersedia ruangan parkir dan kemudahan buat pengguna RV di kawasan pelancongan. 

BACA>>Tokyo Auto Salon 2019- Van ini pasti membuatkan anda teruja dengan penampilannya

BACA>>#Tips: Beli kereta mengikut kemampuan. Jika gaji RM3,000 kereta baru apa sesuai untuk anda

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here