Covid-19: Kes kecurian kargo meningkat di Amerika Syarikat

1214

Kes kecurian kargo kerap berlaku di Amerika Syarikat pada tahun 2020, sejak penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, menurut data dari CargoNet.

Ini kerana, pencuri-pencuri berkenaan mengambil kesempatan atas Covid-19 dan juga kesukaran rantaian bekalan akibat pandemik itu.



Menurut CargoNet, sebanyak 1,676 kes kecurian berkaitan rantain bekalan berlaku di Amerika Syarikat dan di Kanada pada tahun 2020, peningkatan sebanyak 16 peratus dari tahun 2019.

48 peratus dari jumlah tersebut melibatkan sekurang-kurangnya sebuah kenderaan komersil berat seperti semi-traktor, trelar atau kontena. 

kecurian kargo

Selain itu, 61 peratus dari kes tersebut melibatkan kecurian kargo atau cubaan mencuri kargo, dengan nilai purata kargo yang terlibat ialah USD166,334 (RM671k), peningkatan sebanyak USD27,045 (RM109k) dari tahun sebelumnya.

Kes kecurian ini dikatakan mensasarkan muatan yang sering dihantar sekarang, yang melibatkan barangan bernilai tinggi seperti bekalan perubatan dan famaseutikal yang berkaitan dengan Covid-19.

Texas merekodkan kes kecurian yang paling tinggi, iaitu sebanyak 93 peratus berbanding tahun 2019.

Pusat perhentian trak dan di ruang parkir tempat kargo dihantar merupakan antara tempat ‘panas’ dan sering menjadi sasaran pencuri.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here