Jururawat ini tinggal dalam caravan selama sembilan bulan demi lindungi ibu dari Covid-19

1171

Seorang jururawat di United Kingdom sanggup hidup selama sembilan bulan dalam sebuah caravan demi melindungi ibunya dari risiko jangkitan Covid-19.

jururawat dalam van

Menurut Daily Mail, jururawat tersebut iaitu Sarah Link dan suaminya, Gary terpaksa tinggal dalam sebuah caravan yang diparkir di jalan masuk rumah mereka yang terletak di Cradley, Black Country, West Midlands. 



Mereka bertindak sedemikian bagi melindungi ibu Sarah yang berusia 84 tahun dari jangkitan Covid-19, memandangkan Sarah berulang-alik dari hospital setiap hari.

Sarah sudah 17 tahun berkhidmat di hospital Queen Elizabeth, Birmingham, manakala suaminya pula menjalankan perniagaan menjual ikan.

jururawat dalam van
Sarah dan suaminya, Gary

Pasangan suami isteri ini membuat keputusan untuk membeli caravan tersebut pada bulan Mac 2020, ketika Covid-19 mula merebak ke seluruh dunia. Ia dibeli pada harga £600 (RM3,315), dengan harapan tindakan mereka ini hanyalah untuk sementara waktu.

Tetapi apa yang berlaku adalah di luar jangkaan, apabila Sarah dan suaminya terpaksa tinggal di dalam caravan tersebut selama berbulan-bulan kerana peningkatan kes positif Covid-19 di United Kingdom. 

“Kami fikir kami akan tinggal selama empat minggu atau maksimum 12 minggu. Namun, setelah sembilan bulan berlalu kami masih tinggal dalam caravan ini. Kami tidak percaya yang kami melakukannya,” kata Sarah. 

Sarah dan suaminya juga bahkan terpaksa merayakan beberapa perayaan penting di dalam caravan tersebut termasuk sambutan Halloween dan hari Krismas.

Pasangan suami isteri tersebut kini difahamkan telah kembali ke rumahnya setelah ibunya menerima suntikan vaksin pada bulan Disember lalu.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here