Covid-19: Tokyo Auto Salon 2021 secara rasmi dibatalkan

1265

Penganjur Tokyo Auto Salon mengumumkan bahawa acara tersebut untuk edisi 2021 yang dijadualkan akan berlangsung di Makuhari Messe pada 15 hingga 17 Januari, dibatalkan.

Pengumuman ini dibuat di laman web rasmi mereka, berdasarkan situasi semasa penularan pandemik Covid-19 yang telah menjadi punca pembatalan semua acara automotif antarabangsa pada tahun ini.



“Berdasarkan situasi semasa, adalah penting untuk kita menjaga jarak sosial dan mengelakkan untuk berkumpul di suatu tempat,” kata pihak penganjur.

“Walaupun kami tahu hal ini sangat mengecewakan, kami harap anda dapat memahami langkah yang diambil oleh kami bagi membantu menjaga keselamatan kakitangan kami,” tambahnya.

tokyo auto salon 2021

Bagi mereka yang telah pun membeli tiket masuk untuk acara tersebut, wang bayaran akan dikembalikan manakala butiran lanjut hanya akan diterbitkan menerusi laman web rasmi dalam masa terdekat.

Walau bagaimanapun, bagi peserta yang tetap ingin menghadiri Tokyo Auto Salon 2021, mereka boleh berkunjung ke acara besar tersebut secara maya pada 15 Januari, jam 9.00 pagi waktu tempatan.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here