KPDNHEP terima 16 unit Honda Civic 1.8S

2211

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) hari ini menerima 16 unit Honda Civic 1.8S. Penyerahan itu diumumkan oleh Honda Malaysia dan kesemua kereta itu akan digunakan sebagai fleet car pihak kementerian.

CEO dan Pengarah Urusan Honda Malaysia, Mr. Toichi Ishiyama berkata, “Kami menghargai peranan penting kementerian dalam mempromosikan dan meneruskan perdagangan domestik di Malaysia yang penting kerana kita masih menghadapi cabaran mengembangkan ekonomi yang terkesan dengan pandemik Covid-19.”



KPDNHEP menerima Honda Civic yang merupakan model facelift 2020 sedan segmen-C itu. Setakat Oktober 2020, Honda Civic telah terjual lebih 10,400 unit dan menguasai 81 peratus pasaran segmen-C negara ini.

Civic juga merupakan model kedua terlaris Honda di Malaysia.

Varian 1.8S dipacu oleh enjin 1.8-liter VTEC empat-silinder yang menghasilkan 141PS dan 174Nm tork, memberikan keseimbangan antara penjimatan dan keseronokan memandu.

Selain dari gaya luaran yang dikemaskini, Honda Civic facelift 2020 juga menerima penambahbaikan dari segi ciri dan spesifikasi. Ia dilengkapi Electric Parking Brake (EPB), Walk Away Auto Lock, Remote Engine Start dan paparan audio 7-inci.

Ciri keselamatan juga dipertingkat. Ia mendapat penarafan ASEAN NCAP 5-bintang, enam beg udara, Vehicle Stability Assist (VSA), Agile Handle Assist (AHA), Hill Start Assist (HSA), Emergency Stop Signal (ESS), Anti-lock Braking System (ABS), Brake Assist (BA) dan Auto Brake Hold (ABH).

Untuk maklumat lanjut, hubungi 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here