Cubaan seludup 1,296kg ayam sejuk beku guna Perodua Myvi gagal

1684

Cubaan menyeludup 1,296kg ayam sejuk beku bernilai RM57,960 di pangkalan haram Jitong, dekat Jeram Perdah, Pasir Mas berjaya digagalkan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA).

Perodua myvi

Menurut Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA, Superintendan Azhari Nusi, dalam kejadian jam 5 pagi itu, anggota rondaan terserempak enam lelaki sedang memunggah kotak dari perahu ke dalam sebuah Perodua Myvi.



Katanya, ketika dihampiri enam lelaki terbabit terus melarikan diri menggunakan perahu menyeberangi Sungai Golok ke negara jiran.

Perodua myvi

“Hasil pemeriksaan menemui kotak berisi ayam sejuk beku seberat 720kg di dalam kenderaan terbabit sebelum dirampas untuk tindakan lanjut,” kata Azhari.

“Anggota turut menemui sebuah lagi Perodua Myvi berwarna kelabu berhampiran lokasi itu, dengan 576kg lagi bahan sama dirampas.

“Semua ayam sejuk beku serta kenderaan dirampas ntuk diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) untuk siasatan dan tindakan lanjut,” tambahnya.

Beliau berkata kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here