Nuts Wheels hasilkan kit kustom untuk Harley-Davidson Sportster

2350

Buat peminat dan pemilik Harley-Davidson, berita baik jika anda merancang untuk mengkustom motosikal anda.

Nuts Wheels dengan kerjasama Jangan Mati Hanat menawarkan kit kustom plug and play untuk model-model dalam siri Sportster iaitu Iron 883, SuperLow, Iron 1200 dan Fourty-Eight.



Kit ini boleh dipasang secara retro-fit sahaja iaitu tanpa sebarang pengubahsuaian besar pada rangka atau casis Sportster ini.

Kit Nuts Wheels ini terdiri dari unit tail end, penutup ekzos, bar hendal klip, rim depan dan tangki minyak.

Pada unit tail end ini sendiri terdapat fender belakang, tempat duduk, dan lampu belakang. Dan ia boleh juga dikustom lagi menggunakan unit lampu belakang lain yang menjadi pilihan anda.

Masalah utama dalam aktiviti kustom ialah kebiasaannya ia terpaksa mengubah komponen penting motosikal seperti rangka dan casis untuk mendapatkan rupa yang diinginkan. Ada yang sehingga memotong mounting atau cagak asal motosikal itu.

Tetapi dengan kit Nuts Wheels X Jangan Mati Hanat ini, anda boleh kustom Harley-Davidson anda menjadi lebih agresif, tetapi masih mengekalkan waranti atau jaminannya.

Tidak seperti kit aftermarket lain, komponen penting tidak disentuh dengan kit Nuts Wheels ini. Ergonomik dan keselesaan asal juga dikekalkan walaupun penampilan kini lebih menyerlah.

Malah jika anda berubah fikiran mahu mengembalikan Sportster anda dalam keadaan stock atau standard kilang semula, anda boleh pasang sahaja bahagian-bahagian asal itu.

Bayangkan jika anda telah membuat pengubahsuaian besar pada motosikal anda, pasti sayang, bukan? Nilai dan harganya juga akan jatuh sekiranya anda hendak menjualnya di kemudian hari.

Pengasas Nuts Wheels, Joe berkata, “Kami mahu memberikan pelanggan kami kebolehan kustom pada motosikal mereka tetapi pada masa yang sama tidak mengganggu keteguhan casis asal.

“Ini pastinya penting bukan sahaja dari aspek nilai dan astetik motosikal itu, tetapi juga untuk menjaga karakter tunggangan asal Harley-Davidson mereka.

“Kit kami dengan kerjasama Jangan Mati Hanat mempunyai ciri plug and play mudah tetapi pada masa sama menaikkan imej motosikal serta membuatkannya lebih menyerlah,” tambah Joe.

Nuts Wheels mempunyai pengalaman hampir lapan tahun dalam bidang rekabentuk aksesori dan kustom motosikal.

Untuk berhubung dengan Joe, anda boleh emel kepada joashnuts@gmail.com atau layari laman Facebook Nuts Wheels di www.facebook.com/nutsgarage/ dan Instagram di @nuts_wheels.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Jangan Mati Hanat pula, lawati Facebook mereka di www.facebook.com/janganmatihanat/ atau Instagram di @janganmatihanat.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here