Harley-Davidson perkenalkan model edisi terhad iaitu FXDR 114 Limited Edition

1806

Harley-Davidson baru sahaja memperkenalkan produk terbarunya dengan edisi terhad yang diberi nama FXDR 114 Limited Edition. Motosikal ini sangat eksklusif kerana hanya dihasilkan sebanyak 30 unit, dan hanya di jual di pasaran di UK dan Ireland.

 FXDR 114 Limited Edition

FXDR 114 Limited Edition ini diubahsuai oleh Image Design Custom, yang menjadikan penampilannya lebih menarik.



Modifikasi yang dibuat pada jentera ini membuatkan ia kelihatan sangat berbeza, terutama pada bahagian warna jentera iaitu gabungan dari warna putih, emas dan hitam. Sentuhan dari tiga warna tersebut disertakan pada bahagian belakang dan tangki bahan api.

Jentera ini dihasilkan dicipta berasaskan dari model Harley-Davidson Softail, dan disertakan dengan enjin Milwaukee-eight 114 berkapasiti 1,868cc yang mampu menghasilkan sehingga 158Nm tork pada 3,500rpm. Ia juga disertakan dengan sistem pembakaran suntikan ESPFI. 

Pada permulaannya, jentera ini dirancang untuk dipasarkan pada bulan Jun 2020 dengan harga £18,345 (RM98,636). Harga tersebut lebih mahal £350 (RM1,881) dari model standardnya iaitu Harley-Davidson Softail.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here