Motosikal Harley-Davidson diubahsuai dengan gaya Lamborghini

3216

Mengubah suai motosikal menjadi jentera dua roda yang menarik dan unik ialah satu kebiasaan. Tetapi di Jerman, terdapat sebuah motosikal Harley-Davidson yang diubahsuai dengan konsep sebuah supercar iaitu Lamborghini.

Ya betul, motor jadi macam kereta! Macam mana tu?

 Harley-Davidson Lamborghini



Harley-Davidson dengan konsep Lamborghini ini dibina oleh bengkel ubah suai yang bersal dari Jerman, iaitu Thunderbike. Bengkel ini juga dikenali sebagai pakar dalam urusan motosikal sejak tahun 80-an.

Jentera yang diberi nama RS Lambo ini dibangunkan dari rangka asli buatan Thunderbike yang dikenali sebagai Dragster RS. Jentera ini juga menggunakan alat ganti yang dihasilkan dan dijual oleh bengkel tersebut.

 Harley-Davidson Lamborghini

Konsep utama jentera ini adalah lowrider, dimana ianya tercipta hasil dari jarak dua roda yang panjang dan reka bentuk tempat duduknya yang melengkung. Jentera ini juga dikuasakan oleh enjin dan transmisi dari Harley-Davidson Screamin’ Eagle 110 series.

Konsep Lamborghini pada motosikal ini makin jelas dengan campuran warna oren dan hitam yang melapisi tangki bahan bakar, struktur badan dan rim. Sistem suspensinya menggunakan jenis gantungan udara, di mana jarak jentera dari permukaan jalan dapat disesuaikan dengan mudah.

Karya Thunderbike ini bukan sekadar projek atau permintaan daripada pelanggan. Motosikal ini sengaja dibuat sebagai bentuk penghormatan kepada pengeluar supercar dari Itali tersebut.

Bagi Thunderbike, motosikal ini juga merupakan bukti kreativiti mereka dalam membuat kerja-kerja pengubahsuaian motosikal yang memberi inspirasi kepada dunia.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here