Pengarah filem Extraction terangkan kenapa banyak kereta Proton dalam filem itu

3266

Netflix telah mengeluarkan banyak filem-filem menarik dan antaranya adalah filem terbaharu lakonan Chris Hemsworth iaitu Extraction. 

filem Extraction

Filem yang dirakam di Dhaka, Bangladesh ini telah mendapat reaksi yang seimbang dari pengkritik filem dengan rata-rata dari mereka ada yang setuju dan tidak setuju dengan tahap filem ini.



Filem Extraction ini mencuri tumpuan di Malaysia apabila kebanyakan kereta yang digunakan di dalam filem ini adalah jenama Proton, jenama nasional kita. Dari Wira, Satria Neo sehinggalah ke Savvy, kereta jenama Proton dapat dilihat di dalam filem ini.

Menurut pengarahnya iaitu Sam Hargrave, “Semasa membuat pencarian di Dhaka, Bangladesh dan di seluruh India, kami melihat banyak kereta Proton di jalanan. Untuk menjadikan cerita kelihatan seperti sebenar, kami mahukan kereta Proton banyak kelihatan di dalam filem ini.
 
“Terdapat juga beberapa kereta polis di Dhaka, Bangladesh yang menggunakan kereta Proton kerana kami mahu menggambarkan suasana sebenar di situ. Jadi semua ini untuk memastikan ia memberi pandangan sebenar dan asli di rantau itu.”
 
Filem ini mengambil tempat di Bangladesh, di mana syarikat PHP Automobiles memasang lima model kereta Proton iaitu Saga, Preve, Exora, X70 dan Persona di kilang mereka. PHP juga pernah menyatakan bahawa bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga pengerusi Proton, mendesak dan meminta PHP untuk terlibat dalam bidang automotif dan menjemput mereka melawat kilang Proton di Malaysia.
 
Ini boleh menerangkan kenapa kereta Proton banyak kelihatan di kawasan filem ini dirakam, seperti yang dinyatakan Hargrave.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here