Elak langgar pejalan kaki, Volvo bakal guna teknologi LiDAR

1351

Volvo merupakan salah satu syarikat pengeluar kenderaan yang bercita-cita tinggi dalam mengembangkan teknologi autonomi. Syarikat yang berasal dari Sweden tersebut akan meninjau semula teknologi autonomi pada kereta Uber yang telah menyebabkan korban pejalan kaki.

Volvo autonomi

Salah satu usaha Volvo dalam meningkatkan lagi teknologi autonomi kereta Uber ialah dengan bekerjasama dengan syarikat teknologi yang bernama Luminar.



Luminar menawarkan sensor yang dapat mengimbas objek dan permukaan ke platform digital yang disebut sebagai teknologi Light Detection and Rangin (LiDAR).

LiDAR adalah sensor yang sangat tepat kerana memancarkan berjuta-juta sinaran laser untuk imbasan dalam bentuk 3D. Kerana tidak memerlukan sambungan internet, masa operasi LiDAR dikatakan sangat pantas.

Kereta autonomi seterusnya yang akan dihasilkan oleh Volvo akan dilengkapi dengan sensor LiDAR Luminar yang disepadukan di dalam kereta. Sebagai balasannya, Volvo akan meningkatkan pegangan saham Luminar.

“Pemanduan automatik berpotensi menjadi salah satu teknologi yang menyelamatkan nyawa dalam sejarah jika disediakan dengan penuh tanggungjawab dan selamat. Memberi visi kepada kereta untuk menjadikannya selamat adalah langkah penting ke arah itu,” kata Ketua Teknologi Volvo, Henrik Green.

Volvo autonomi
Luminar menawarkan sensor yang dapat mengimbas objek dan permukaan ke platform digital yang disebut sebagai teknologi Light Detection and Ranging (LiDAR)

Volvo akan menyematkan perisian SPA 2 modular yang dirancang untuk dikembangkan menjadi pelbagai model baru. Perisian yang dipasang juga dapat dikemas kini secara berterusan dari jarak yang jauh.

Bukan hanya ciri pemanduan automatik atau autonomi, Volvo dan Luminar juga mengembangkan ciri lain untuk memudahkan pemandu memandu di jalan raya dengan selamat.

“Tidak lama lagi, Volvo anda akan dapat dipandu secara automatik di lebuh raya apabila kereta tersebut menentukan ia selamat untuk dilakukan. Seiring berjalannya waktu, kemas kini perisian akan meluaskan kawasan liputan dimana kenderaan dapat dipandu secara autonomi,” kata Green.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here