Kemalangan Tesla Autopilot: Pemandu dikatakan sedang main permainan video

2843

Seorang pekerja syarikat Apple meninggal dunia selepas Tesla yang dipandunya merempuh pembahagi jalan. Dipercayai semasa kejadian, mangsa memandu sambil bermain permainan video.

memandu sambil bermain permainan video

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional Amerika Syarikat (NTSB) berkata kereta itu telah dipandu secara semi-autonomi menggunakan menggunakan mod Autopilot. 



Tesla telah menyarankan penggunanya supaya berhati-hati dan sentiasa fokus pada pemanduan walaupun menggunakan mod autopilot.

Tetapi NTSB berkata lebih banyak kemalangan yang dijangka akan berlaku jika Tesla tidak melaksanakan perubahan pada sistem autopilotnya.

Pihak berkuasa telah menjalankan siasatan terhadap kes ini selama dua tahun, berikutan kemalangan yang berlaku pada bulan Mac 2018.

Perisian autopilot Tesla mengarahkan kenderaan tersebut ke segitiga “gore area” di persimpangan jalan raya, dan memecut melanggar pembahagi jalan. 

Bahagian hadapan Tesla tersebut terpisah dari bahagian belakangnya, yang menyebabkan dua pemandu lain turut telibat dalam kemalangan tersebut.

Pemandu Tesla, Walter Huang, 38, telah dibawa ke hospital tetapi meninggal dunia akibat kecederaannya. Pemandu lain yang terlibat dalam kemalangan tersebut terselamat.

NTSB berkata:

  • Pengendali Tesla tersebut tidak mengawal kenderaannya dan memandu sambil bermain permainan video dari telefon pintar.
  • Sistem mengelakkan perlanggaran dari Tesla itu tidak direka untuk mengesan kemalangan (pembahagi jalan).
  • Sistem autopilot Tesla tidak “menyediakan cara yang berkesan memantau penglibatan pemandu”.

memandu sambil bermain permainan video

Penggunaan sistem autopilot Tesla telah terlibat dalam beberapa kemalangan. Sistem ini membolehkan kereta beroperasi separa autonomi, mengubah lorong dan menyesuaikan kelajuannya.

Tetapi sesetengah orang mengkritik tentang mod autopilot ini yang membuatkan sesetengah pemandu berfikir kenderaan mereka sedang dipandu secara autonomi sepenuhnya.

NTSB berkata pemandu tersebut terlalu bergantung kepada sistem itu.

Tesla telah mengarahkan para pemandu untuk mengawal stereng kenderaan mereka apabila menggunakan mod autopilot, dan bunyi amaran boleh didengar jika mereka tidak melakukannya. Tetapi ramai pengguna tidak melakukan hal tersebut.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here