Beli guna wang haram, Bugatti Veyron Sang Noir bakal dihancurkan

3223

Bugatti Veyron Sang Noir yang bernilai USD2 juta (RM8.4juta) dalam bahaya dan berkemungkinan akan dihancurkan. Hal ini akan dilakukan kerana pemilik jentera tersebut gagal membuktikan jentera ini diimport menggunakan cara yang sah.

Bugatti Veyron Sang Noir

Oleh kerana itu, pihak berkuasa Zambia mengesyaki supercar ini dibeli menggunakan duit hasil penggubahan wang haram. Untuk pengetahuan, Bugatti Veyron Sang Noir ini merupakan salah satu kereta paling mahal yang pernah diimport ke Zambia.



Supercar ini hanya tiba di negara itu beberapa hari yang lalu, tetapi boleh ditamatkan riwayat hidupnya dalam sekelip mata. 

Zambia Drug Prevention Commission (DEC) kini menyiasat jentera keluaran jenama dari Perancis itu yang disyaki diperoleh hasil daripada aktiviti pengubahan wang haram.

“Suruhanjaya memastikan bahawa pembelian kenderaan bermotor tidak melanggar undang-undang pengubahan wang haram. Kereta itu dirampas sementara siasatan masih dijalankan,” kata wakil DEC, Theresa Katango.

Inilah kali pertama sebuah kereta semewah Bugatti telah dilihat di Zambia, yang merupakan salah satu negara termiskin di dunia. Jika pemilik kereta tidak dapat menyelesaikan kes ini, pihak berkuasa akan memusnahkan Bugatti Veyron Sang Noir tersebut.

Tindakan ini senasib dengan sebuah Ferrari LaFerrari yang diancam akan dihancurkan beberapa tahun lalu di Afrika Selatan setelah pemiliknya tidak mengikuti proses import yang sah.

Bugatti Veyron Sang Noir

Untuk maklumat, jentera ini dikuasakan oleh enjin 8.0-liter quad-turbo W16. Ia mampu menghasilkan 1,000hp dan 1,250Nm tork selain mampu mencapai kelajuan maksimum 407km/j. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here