
Tindakan pemandu Volvo S40 memotong kereta penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Baling memakan diri apabila keretanya disita dalam Ops Luxury di Sidam, Kedah pada Rabu.
Pemeriksaan mendapati sedan mewah itu menggunakan Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh serta tidak mempunyai perlindungan insurans yang sah.
“Susulan itu, Volvo berkenaan disita dan dibawa ke Stesen Penguatkuasa JPJ Kuala Ketil untuk tindakan lanjut mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“JPJ mengingatkan semua pemilik kenderaan agar sentiasa memastikan LKM dan insurans diperbaharui kerana kegagalan berbuat demikian bukan sahaja mengundang saman dan penyitaan, malah boleh menyebabkan pemilik menanggung sendiri segala kos sekiranya berlaku kemalangan,” menurut kenyataan.































