Utama Berita Automotif Chery, Lewandowski rai kemeriahan Piala Dunia bersama ‘For Family’

Chery, Lewandowski rai kemeriahan Piala Dunia bersama ‘For Family’

4

Demam bola sepak yang sedang melanda seluruh dunia termasuk di Malaysia, jenama automotif terkemuka Chery bersama Duta Jenama Globalnya, Robert Lewandowski, tampil meraikan nilai dedikasi, perpaduan dan kekeluargaan yang menyatukan peminat sukan itu.

Dengan menggabungkan antara personaliti bola sepak paling dihormati di dunia dengan Chery, yang sentiasa komited dalam menyediakan penyelesaian mobiliti berinovasi tinggi serta berpaksikan keluarga, ia tidak hanya perkongsian komersial, tetapi kolaborasi ini mencerminkan komitmen bersama terhadap kecemerlangan, kesungguhan dan kepentingan institusi kekeluargaan.

Selaras dengan falsafah jenama Chery iaitu For Family, syarikat pengeluar kenderaan itu telah bekerjasama rapat dengan anak syarikat tempatan, pusat operasi serantau, rakan pengedar dan pelanggan menganjurkan siri tayangan perlawanan bola sepak serta aktiviti komuniti di pasaran utama seluruh dunia.

Dari Eropah ke pasaran besar di Asia, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin, para peminat dan keluarga berkumpul untuk merasai kemeriahan sukan ini bersama-sama.

Gabungan Juara dan Fokus Kekeluargaan

Lewandowski yang diiktiraf sebagai antara pemain bola sepak terhebat dalam generasinya, telah bersaing di peringkat tertinggi selama lebih dua dekad.

Walau bagaimanapun, di sebalik kejayaan besar di padang, keluarga tetap menjadi keutamaan dalam hidup beliau.

Pendekatan ‘utamakan keluarga’ oleh Lewandowski ini amat bertepatan dengan visi Chery yang memfokuskan kepada keperluan keluarga moden dengan menyepadukan aspek keselamatan, keselesaan, teknologi dan praktikaliti dalam setiap kenderaan mereka.

“Keluarga memainkan peranan penting dalam setiap aspek kehidupan, termasuk cara kita mengembara.

“Keselamatan, keselesaan dan kebolehpercayaan adalah elemen penting, dan ini adalah nilai-nilai yang saya lihat pada Chery dan model TIGGO 9,” kata Lewandowski yang memandu model flagship berkenaan.

Keselesaan dan Keselamatan.

Premium TIGGO 9

Sebagai model flagship Chery, TIGGO 9 direka khas untuk menawarkan pengalaman kabin premium yang mengutamakan keselesaan maksimum.

Kedua-dua tempat duduk hadapan dilengkapi dengan fungsi urutan, manakala sistem pengudaraan pada tempat duduk baris pertama dan kedua memberikan kesegaran tambahan, yang amat sesuai untuk iklim tropika di Malaysia.

Model mewah premium ini turut dilengkapi dengan rangkaian teknologi keselamatan yang komprehensif, termasuk 10 beg udara serta sistem bantuan pemanduan pintar ADAS 2.5 termaju yang merangkumi 23 ciri keselamatan aktif dan pasif bagi melindungi pemandu serta penumpang.

Disokong rangkaian global merangkumi lebih 120 negara dan wilayah, lapan pusat R&D global, 36 pangkalan pengeluaran, serta lebih 2,000 pengedar dan 1,800 pusat perkhidmatan di seluruh dunia, Chery terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu pengeksport automotif terkemuka dari China.

Promosi Eksklusif di Malaysia

Untuk peminat di Malaysia, kerjasama ini membawa mesej yang bermakna buat komuniti tempatan menerusi slogan kempen For Family, For Champion.

Mesej ini membawa kepercayaan bahawa walaupun kejayaan dicapai melalui ketabahan dan dedikasi, perjalanan hidup yang paling bermakna adalah perjalanan yang dilalui bersama orang yang tersayang.

Sempena kempen ini, orang ramai yang membuat tempahan bagi sebarang kenderaan Chery di siri jelajah Chery Super Hybrid Tour (termasuk acara Chery Gempak Bola) bertempat di Sunway Pyramid (Orange Concourse) berpeluang menebus jersi t-shirt eksklusif Chery x Robert Lewandowski.

Siri jelajah ini berlangsung dari 8 hingga 12 Julai (jam 10 pagi hingga 10 malam).

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan aktiviti Chery, sila layari laman media sosial rasmi Chery Malaysia di Facebook dan Instagram.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here