Polis UK buru pemilik kereta parkir di landasan kereta api demi konten TikTok

1300

Polis United Kingdom kini memburu pemilik kereta atau individu yang terbabit dalam aksi bahaya menerusi sebuah video di aplikasi TikTok.

kereta di landasan kereta api

Video tersebut memaparkan sebuah kereta diparkir di tengah-tengah landasan kereta api, manakala satu tripod dipasang untuk tujuan penggambaran. Kejadian difahamkan berlaku di Bromley Cross, Bolton.



Video dengan caption ‘adakah anda akan mengambil risiko untuk membuat sesi penggambaran tidak sama seperti orang lain?’, tersebut mula tular dan mendapat pelbagai komen dari warganet.

Menurut seorang pegawai polis trafik, inspektor Becky Warren, tindakan mereka yang terlibat dalam video tersebut tidak dapat dimaafkan kerana tidak mengikut prosedur keselamatan yang telah ditetapkan.

“Tingkah laku yang ditunjukkan oleh individu dalam video ini sangat berbahaya dan melulu, dan tidak ada gambar atau video yang lebih berharga dari nyawa anda,” kata Becky Warren.

Menurut pengarah laluan di North West, Phil James, gambar yang menggunakan landasan kereta api sebagai latar belakang ialah suatu gambar yang mencari publisiti.

kereta di landasan kereta api

“Mereka yang terlibat telah membahayakan diri sendiri dan nyawa penumpang kereta api. Perkara ini sangat tidak patut untuk dilakukan. Tidak ada individu yang berhak menceroboh landasan kereta api,” kata James.

“Kami akan bekerjasama dengan polis trafik Britain untuk memastikan orang yang bertanggungjawab terhadap video tersebut dibawa ke muka pengadilan,” tambahnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here