Terkesan dengan Covid-19, muzium Muscle Car City lelong 200 kereta klasik

1505

Lebih dari 200 buah kereta klasik di muzium Muscle Car City di Punta Gorda, Florida, Amerika Syarikat bakal dilelong dalam acara lelong Mecum, yang akan berlangsung pada 22-23 Januari ini.

lelong kereta klasik

Menurut The Drive, muzium ini dihasilkan oleh Rick Treworgy dan memfokuskan kepada Chevrolet, dimana terdapat sekurang-kurangnya 80 model Corvette dari setiap generasi.



Treworgy pada mulanya merancang untuk menjual koleksi kereta miliknya pada tahun 2022. Namun, setelah pandemik Covid-19 menyerang seluruh dunia, Dana Mecum meyakinkannya bahawa sekarang adalah waktu yang sesuai untuk menjual koleksi tersebut.

Kenderaan yang akan dilelong dalam acara lelong Mecum pada Jumaat ini termasuk pelbagai model Chevrolet dari tahun 1950-an hingga 1960-an, Chevrolet Camaros, Chevelles, Pontiac GTO, Chevrolet Impalas, Bel Airs, dan Chevrolet K5 Blazer.

Pada hari Sabtu , 23 Januari, sekitar 48 buah Corvette akan sedia untuk dijual. Kebanyakannya adalah model lama, termasuk Corvette ZR1 dari tahun 1990 dan 1991 dan beberapa model Corvette Stingray klasik.

Beberapa kereta lain juga akan turut ditawarkan seperti Corvette ZR1 2010, Corvette Z06 2016, dan Corvette Stingray 2020.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here