JCB Pothole Pro mampu baiki lubang jalan dalam masa kurang lapan minit

1515

JCB telah memperkenalkan suatu jentera yang dikatakan mampu membaiki lubang pada jalan raya dalam masa kurang dari lapan minit.

Pothole Pro

Menurut pengeluar jentera berat dari United Kingdom tersebut, jentera yang dikenali sebagai Pothole Pro ini mampu membaiki lubang pada jalan raya empat kali ganda lebih cepat dari kaedah biasa, dan tidak menelan belanja yang besar.



Pothole Pro dilengkapi dengan beberapa alat sepertiĀ cutter, sweeper/bucket, serta alat pemotongan hidraulik, yang membolehkannya memotong kawasan yang rosak, memotong bahagian tepi dan membersihkan lubang.

Pothole Pro

Dengan kelajuan hingga 40km/j, jentera ini mampu memberikan penjimatan masa untuk bergerak dari satu lubang ke lubang yang lain berbanding jentera penurap biasa.

Selain itu, jentera ini juga dilengkapi dengan sistem planar dengan lebar 600mm dan sistem penyekat habuk yang membolehkan pemandu mengendalikannya tanpa perlu beralih kedudukan.

Pothole Pro pernah diuji pada tahun 2020 di Stoke-on-Trent, di mana ia mampu membaiki sekitar 700 lubang dalam masa sebulan.

Dalam ujian awal, jentera ini mampu membaiki 51 lubang dalam 20 hari sahaja berbanding jika mengikut cara tradisional, ia mampu memakan masa sehingga 63 hari.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here