PKP 2.0: Perkhidmatan penerbangan domestik AirAsia kekal beroperasi

1201

Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan, AirAsia Bhd mengumumkan bahawa perkhidmatan penerbangan domestiknya akan kekal beroperasi.

airasia pkp 2.0

Menurut AirAsia, untuk perjalanan penting dalam tempoh ini, tetamu mesti mendapatkan kebenaran sah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum berlepas dan perlu mematuhi syarat-syarat kemasukan yang ditetapkan oleh negeri-negeri tertentu.



“Tetamu yang mempunyai tempahan penerbangan antara 13 dan 26 Januari yang tidak dapat melakukan perjalanan dalam tempoh ini boleh membatalkan penerbangan mereka secara sukarela dan memilih perubahan tarikh penerbangan tanpa had,” kata AirAsia.

“Perubahan boleh dibuat ke atas mana-mana tarikh penerbangan baharu sebelum 31 Mac 2021 di laluan yang sama tanpa had tanpa bayaran tambahan, tertakluk kepada ketersediaan tempat duduk,” tambahnya.

Sementara itu, AirAsia berkata, tetamu yang terjejas dengan pembatalan penerbangan semasa PKP akan dimaklumkan melalui emel dan/atau SMS mengenai pilihan yang ditawarkan kepada mereka.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here