Tiket serendah RM12 sahaja ke Pulau Langkawi dengan penerbangan AirAsia

1537

AirAsia menawarkan tiket penerbangan serendah RM12 sehala ke Langkawi dari Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahru, Ipoh dan Kota Bharu sempena pembukaan gelembung perjalanan bermula 16 September ini.

”Rebutlah tawaran kombo SNAP dengan penerbangan dua hala dan penginapan 3 hari 2 malam daripada RM99 untuk seorang di hotel bertaraf 4 hingga 5 bintang di Langkawi.



”Tawaran terhad ini bermula dari 9 September untuk tempoh perjalanan antara 16 September dan 31 Disember 2021. Klik ikon ‘SNAP’ di airasia Super App untuk membuat tempahan,” kata AirAsia.

Selain pengguna berpeluang mendapatkan tiket serendah RM24 untuk penerbangan pergi dan pulang dalam tempoh berkenaan, orang ramai khususnya kawasan di Lembah Klang boleh menempah kenderaan untuk ke lapangan terbang terus dari airasia Super App melalui airasia ride.

AirAsia kini juga menawarkan promosi hingga 30 September 2021 untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM3 untuk perjalanan pertama mereka melalui AirAsia Ride.

”Sebagai syarikat penerbangan untuk semua, kami berbesar hati untuk menyokong kerajaan, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Tourism Malaysia dengan menawarkan penerbangan serendah RM12,” Kata Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat.

Sementara itu, pihak AirAsia turut menasihatkan penumpang perlu mematuhi syarat-syarat perjalanan untuk ke destinasi yang dituju termasuk mempunyai dokumen kesihatan dan perjalanan yang diperlukan seperti keputusan ujian negatif Covid-19, sijil vaksinasi dan kelulusan dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here