PKP 2.0: Kelonggaran diberikan hingga 15 Januari bagi mereka yang tidak sempat pulang ke kediaman

1229

Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bagi mereka yang kini berada di kampung diberi kelonggaran untuk pulang ke kediaman masing-masing selewat-lewatnya hari Jumaat, 15 Januari.

kelonggaran 15 januari

Beliau turut berkata pihak polis akan melakukan sekatan jalan raya bermula mulai tengah malam Rabu (13 Januari) bagi mengelakkan perjalanan antara negeri, dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 selama dua minggu.



“Namun setelah berbincang dengan pihak polis, kami akan memberi sedikit kelonggaran dalam beberapa hari bagi memberi peluang orang ramai pulang ke kediaman masing-masing,” kata Ismail Sabri.

“Orang ramai harus merancang perjalanan dan diberikan sehingga hari Jumaat ini (15 Januari), atau akan terperangkap di kampung halaman mereka selama dua minggu lagi,” tambahnya.

30 individu berpatah balik

Lanjut Ismail Sabri, bagi mereka yang mempunyai tiket penerbangan dan bas juga dibenarkan meneruskan perjalanan.

Orang ramai juga diingatkan bahawa bermula hari ini, 13 hingga 26 Januari, perjalanan antara negeri adalah tidak akan dibenarkan, sama ada negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here