Utama Berita Automotif AirAsia Ride tawar perkhidmatan e-hailing udara, 11 minit KLIA – KL Sentral

AirAsia Ride tawar perkhidmatan e-hailing udara, 11 minit KLIA – KL Sentral

1151
AirAsia bakal menawarkan perkhidmatan e-hailing perjalanan udara untuk memberi pengalaman baharu kepada pengguna.
 
AirAsia merancang menawarkan perjalanan udara menggunakan pesawat electric vertical take-off and landing (eVTOL) selepas ia disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Berhad, Tan Sri Tony Fernandes, semalam menerusi perkongsiannya di Instagram.
 
 
“Dilancarkan hari ini (Rabu). AirAsia Ride kini berada di udara.
 
“Bakal bermula Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke KL Sentral hanya 11 minit!” katanya dalam perkongsian di Instagram.
 
Perkhidmatan itu ditawarkan secara ride sharing atau perkongsian penumpang.
 
Sebelum ini, syarikat penyedian pesawat antarabangsa yang berpangkalan di Ireland, Avolon bekerjasama dengan AirAsia Aviation Group Ltd (AirAsia) untuk mewujudkan platform ride-sharing di Asia Tenggara.
 

Avolon menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang tidak mengikat dengan AirAsia untuk menyewa sekurang-kurangnya 100 pesawat VX4 eVTOL (electric vertical take-off and landing) daripada Avolon.

Pesawat eVTOL ini akan membolehkan AirAsia merevolusikan lagi perjalanan udara dengan menyediakan mobiliti udara termaju kepada rangkaian penumpang baharu.

Perincian berkenaan pengoperasiannya belum didedahkan kepada umum, namun difahamkan ia akan mula ditawarkan pada 2025.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here