Volkswagen Golf MK8 paling ‘power’ dan mahal, varian R lancar di Malaysia – Harga bermula RM356K

1152

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) melengkapkan varian Golf untuk pasaran tempatan dengan memperkenalkan model paling ‘power’ dalam keluarga hatchback itu iaitu Golf R.

Golf R yang sebelum ini mencipta dan memecahkan banyak rekod di seluruh dunia menjadi tarikannya di atas jalan raya dan litar kerana ia menjadi menjadi model serba boleh yang ada di pasaran.

Perkara itu menjelaskan kenapa lebih 250,000 unit Golf R dihasilkan dan dijual di seluruh dunia.



Baca juga Golf MK8 varian lain: 

  1. 10 perkara yang anda perlu tahu Volkswagen Golf GTI (MK8) CKD, Harga Bermula RM211K
  2. Volkswagen Golf R-Line buka untuk tempahan, harga anggaran bermula RM155K

Jadi ciri-ciri enjin Golf R yang anda perlu tahu:

  1. Enjin 2.0 TSI turbo yang menyalurkan 320hp dan tork 420Nm yang dipadankan bersama kotak gear DSG 7-kelajuan.
  2. Menggunakan sistem pacuan semua roda 4MOTION dengan ciri Performance Torque Vectoring. Ini secara langsung dapat meningkatkan kelincahan Golf R dengan signifikan, terutama ketika mengambil selekoh. Ia menjadi model pertama Volkswagen yang dipasang dengan sistem ini.
  3. Sistem Pengurusan Dinamik Kenderaan (Vehicle Dynamics Manager) pada R diintegrasikan dengan sistem-sistem lain seperti electronic differential locks (XDS), dynamic chassis control (DCC) dan stereng yang progresif untuk memberikan cengkaman optimum serta pengendalian terbaik dengan tahap ketepatan luar biasa.
  4. Ruang dalaman bercirikan lebih premium dengan penggunaan sistem audio Harman Kardon bersama 10 unit pembesar suara.

Ini pula, ciri-ciri luaran Golf R yang anda perlu tahu:

  1. Jentera itu hadir dalam tiga warna iaitu warna signatur biru (Lapiz Blue), hitam (Deep Black) dan putih (Pure White).
  2. Guna emblem R yang boleh dilihat pada bampar hadapan dan belakang serta dapra sisi.
  3. Rekaan bampar dan corong pengambilan udara hinggalah peresap udara yang direka baharu dalam warna hitam berkilat.
  4. Ekzos berkembar pada setiap bahagian kiri dan kanannya.
  5. Rim aloi Adelaide bersaiz 19 inci dengan kaliper biru dengan logo R.

Ciri-ciri dalaman Golf F yang anda perlu tahu:

  1. Ruang dalaman kemasan khas R dalam bentuk Carbon Grey. Kerusi balutan kulit Nappa kelabu dan logo R pada perehat kepala.
  2. Ia dilengkapkan lagi dengan ciri kawalan suhu aktif. Pemandu juga boleh mengubah suai posisi tempat duduk dan sokongan lumbar secara elektrik.
  3. Stereng sports multi fungsi butang R dengan lampu latar berwarna biru yang mengaktifkan mode ‘Race’ secara serta-merta apabila ditekan.
  4. Tiada tombol gear konvensional, cuma ad paddle shifter yang lebih besar untuk pengalaman menukar gear dengan lebih baik.

Ada R-View dan hanya untuk Golf R sahaja:

  1. Kokpit Digital bersaiz 10 inci termaju hadir bersama pelbagai bentuk ubah suai, termasuklah R-View yang direka secara eksklusif dan hanya ada pada model ini.
  2. Paparan auxiliary yang ada padanya pasti disukai oleh peminat sukan bermotor kerana ia menawarkan data-data seperti output, kuasa, agihan tork, tekanan caj, lap timer dan G-meter yang boleh dilihat pada masa sebenar.

Harga dan unit adalah terhad:

  1. Golf R didatangkan dalam bentuk CBU dan ditawarkan pada harga RM356,412.

2. Ia hadir bersama penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, selain jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.

3. Unit adalah terhad, ia boleh ditempat  di mana-mana pengedar sah Volkswagen di seluruh negara atau di https://eshowroom.volkswagen.com.my/

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here