[Video] Polis halau orang ramai berkampung di stesen minyak viral, menyusahkan!

3277

Kehebatan kuasa ‘viral’ memang tidak dapat disangkal lagi apabila sebuah pam minyak yang dipercayai terletak di Genting Highland menjadi tarikan orang ramai untuk mengambil gambar.

Oleh kerana percahayaan daripada stesen minyak yang unik pada waktu malam berwarna merah dan biru. Ditambah kabus-kabus yang tebal sememangnya menjadikan lokasi ini tempat untuk pengunjung merasai kelainan di Genting Highland.



Sejak itu, lokasi berkenaan mula sesak dengan pengunjung khususnya geng OOTD yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk bergambar.

Keadaan ini bagaimanapun menimbukan kesukaran kepada orang ramai dan pengunjung taman tema berkenaan yang ingin mengisi minyak.

Menerusi satu perkongsian video oleh seorang pengguna TikTok, stesen minyak itu turut diserbu oleh pihak polis yang meminta agar orang ramai yang tidak berkeperluan untuk segera bersurai akibat terlalu sesak.

Mereka bukan sahaja menyukarkan pengunjung yang ingin mengisi minyak, malahan tindakan mereka sebenarnya berbahaya kerana penggunaan peranti elektronik di stesen minyak boleh menyebabkan berlakunya kebakaran.

“Owner call polis, orang nk isi minyak, ni datang bergamba je hahaha angin le.

“Nyusahkan org isi minyak , semata nk selfie.

@ammarawr_

#ad Kena halau 😂 #fyp #ad #xyzbca

♬ bunyi asal – Nies🦋 – Nies🦋

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here