Azhan Rani yang merupakan pelakon lelaki tempatan, meluahkan rasa kecewa selepas Proton X70 miliknya mengalami masalah sengguk (jerking) pada kotak gear kereta.

Menerusi hantaran yang dimuatnaik di Facebook, dia menyatakan SUV tersebut mengalami masalah transmisi dan ia berlaku ketika berada dalam gear rendah sehingga terpaksa ditinggalkan di Pusat Servis untuk dibaik pulih.



“Lepas 2 tahun ada jerking2 sikit, terutama bila low gear. Katanya ni memang masalah biasa X70. Aku je yang lalai baru tau.

“Dah seminggu lebih dia (Proton X70) kat service centre. Tadi aku call katanya mungkin 2 ke 3 minggu lagi aku kena tunggu. Diaorang try repair and test.

“Kalau ok aku dapat balik. Kalau tak ok aku kena tunggu lagi tak tau berapa lama lagi untuk diaorang issue gear box yang masih under warranty lagi tu.”

Keadaan tersebut menyukarkan dia untuk pergi ke tempat kerja, sedangkan ansuran bulanan kereta tetap berjalan seperti biasa.

“Pastu dah problem kenapa jual lagi. Eh malas la nak pikir.. nak nyanyi jap…dah jangan kacau aku.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here