[Video] Pemilik kedai emas disamun di Stesen Minyak, macam drama hindustan

2485

Semalam tular sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV), memamparkan seorang pemilik kedai emas mengalami detik cemas apabila disamun sekumpulan lima lelaki bersenjatakan parang.

Kejadian tersebut difahamkan berlaku di Stesen Minyak Shell Lama, Lukut ketika pemilik kedai emas tersebut berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak.



Menerusi video tersebut, dapat dilihat kesemua suspek bertindak menghalang dari arah hadapan dan belakang kereta milik mangsa semasa mangsa sedang memberhentikan kenderaannya.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa menaiki kereta Toyota Camry manakala suspek menaiki kereta jenis Honda CRV dan Perodua Myvi. Suspek mengambil tiga buah beg berisi barang kemas, sebuah telefon bimbit, wang tunai dan dokumen peribadi milik mangsa sebelum melarikan diri.

Namun semasa suspek melarikan diri, mangsa telah mengejar kenderaan suspek dan menghimpit salah sebuah kereta suspek hingga menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas di bahu jalan.

Mangsa kemudiannya telah berpatah balik namun suspek telah berjaya melarikan diri dan dua buah beg barang kemas yang dilarikan telah dijumpai semula di dalam kenderaan jenis Honda CRV berwarna hitam yang terbalik di hadapan deretan kedai tepi jalan Lukut.

Bagaimanapun, pihak polis menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut kira-kira 10.15 pagi dan mendapati nombor casis Honda CRV tersebut juga kenderaan  yang dilaporkan hilang dan disamun pada November 2021.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here