MotoGP: Indonesia ada lima minggu untuk tingkatkan kualiti litar Mandalika,

883

Baru-baru ini, litar Mandalika Indonesia menjadi hangat diperkatakan  apabila litar tersebut berlumpur dan kotor menjelang perlumbaan MotoGP yang pertama kali bakal berlangsung di sana. 

Malah, apa yang mengejutkan semua pelumba diarahkan untuk membersihkan sendiri permukaan litar tersebut, tindakan tersebut menerima kritikan banyak pihak khususnya media asing.



Namun terbaharu, tular khabar angin bahawa MotoGP Indonesia 2022 bakal ditunda sehingga tahun depan kerana dilihat litar tersebut seolah-olah tidak bersedia sepenuhnya untuk menganjurkan sukan permotoran yang berprestij itu.

Bagaimanapun, MGPA dan Dorna Sports selaku pihak yang bertanggungjawab menyelenggara Litar Mandalika tersebut mengatakan pihak mereka akan mengambil langkah untuk memaksimum kebersediaan keadaan litar sebelum MotoGP Indonesia 2022 berlangsung.

“Nanti akan ada rilis bersama dari kami dan Dorna. Rilis tersebut akan menjelaskan langkah-langkah yang akan kami ambil dalam memaksimalkan sirkuit sebelum balap,” kata Cahyadi.

Indonesia masih mempunyai sekurang-kuranya lima minggu untuk memaksimumkan kualiti keadaan litar tersebut sebelum ianya berlangsung.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar
 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here