Volkswagen Golf R-Line buka untuk tempahan, harga anggaran bermula RM155K

972

Selain Golf GTI, Volkswagen Passenger Cars Malaysia turut membuka tempahan untuk varian Golf R-Line dengan menggunakan enjin 1.4 liter TSI.

Biarpun enjin yang kecil, ia mampu menyalurkan 150PS dengan tork setinggi 250Nm dan kuasa itu disalurkan ke transmisi automatik lapan kelajuan. Transmisi ini bukan seperti iaitu klac berkembar DSG sebelum ini, tetapi kotak gear baharu daripada Aisin yang mempunyai ciri torque converter.

Luarannya ia dihiasi dengan aksesori R-Line, rekaan lampu utama LED dan gril hadapan yang lebih kecil, bersertakan bampar yang garang membuatkan penampilannya semakin mantap. Diinspirasikan oleh model R yang berprestasi tinggi, R-Line hadir dengan pakej gayaan sporty dan pada masa sama mengekalkan nilai terbaik.



Dalamannya pula, ringkas seperti Golf GTI MK8 cuma tempat duduk dibaluti fabrik serta kemasan material suede. Generasi ini tidak mempunyai banyak butang dan tombol gear. Pertukaran gear manual, boleh ditukar dengan menggunakan paddel shifter di belakang stereng.

Bagi disesuaikan dengan rekaan luarannya yang sporty, R-Line hadir dengan tempat duduk hadapan sports dibalut fabrik Sardegna dan Art Velours penyangga sisi untuk keselesaan terbaik. Logo R-Line juga hadir pada perehat kepala.

Papan pemuka dilengkapi skrin Digital Cockpit bersaiz 10.25” generasi baharu; stereng multi fungsi dengan kawalan sentuhan haptik serta sistem infohibur Discover Media termaju bersaiz 10” lengkap bersama ciri navigasi.

Satu lagi ciri baharu ialah pemilih gear generasi baharu yang kompak dan inovatif – ia menjadi model pertama Volkswagen yang dibekalkan dengan ciri itu di Malaysia.

Model R-Line didatangkan dalam lima warna termasuk dua yang baharu: Moonstone Grey (kelabu) dan Kings Red (merah). Warna lain termasuk Atlantic Blue (biru) serta Deep Black (hitam) dan Oryx White (putih).  

VPCM menyokong aspek selepas jualan menerusi penyelenggaraan percuma selama tiga tahun, serta lima tahun jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan untuk lima tahun. 

Harganya pula, ia dijual antara RMXXX,XXX sehingga RMXXX,XXX.

GALERI GAMBAR:

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here