Inilah ‘teksi udara’ yang bakal digunakan AirAsia Ride

1104

Pada Februari lalu, AirAsia mengumumkan bakal menawarkan perkhidmatan e-hailing perjalanan udara untuk memberi pengalaman baharu kepada pengguna.

Info terbaru, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Capital A, Tan Sri Tony Fernandes berkongsi beberapa keping gambar ketika beliau dan pasukannya melawat ibu pejabat Vertical Aerospace.



Menerusi hantaran dalam Instagram, Tony berkata,  ‘teksi udara elektrik’ bakal menjadi produk terbaharu AirAsia yang boleh ditempah melalui aplikasi AirAsia SuperApp dan AirAsia Ride.

“KLIA 2 ke pusat bandar Kuala Lumpur hanya mengambil masa 17 minit, manakala 11 minit dari Lapangan Terbang Bangkok ke pusat bandar Bangkok,” katanya.

Sebelum ini, syarikat penyedian pesawat antarabangsa yang berpangkalan di Ireland, Avolon bekerjasama dengan AirAsia Aviation Group Ltd (AirAsia) untuk mewujudkan platform ride-sharing di Asia Tenggara.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tony Fernandes (@tonyfernandes)

Avolon menandatangani memorandum persefahaman (MoU) yang tidak mengikat dengan AirAsia untuk menyewa sekurang-kurangnya 100 pesawat VX4 eVTOL (electric vertical take-off and landing) daripada Avolon.

Pesawat eVTOL ini akan membolehkan AirAsia merevolusikan lagi perjalanan udara dengan menyediakan mobiliti udara termaju kepada rangkaian penumpang baharu.

Perincian berkenaan pengoperasiannya belum didedahkan kepada umum, namun difahamkan ia akan mula ditawarkan pada 2025.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here