JDT dan Aston Martin jalin kerjasama hasilkan supercar JDT Edition

1868
Ibu Pejabat Aston Martin di United Kingdom bersetuju mengeluarkan kereta bertema ‘JDT Edition’ untuk dijual yang mana keuntungan dari jualan akan dikongsi antara pihak JDT dan Aston Martin.
 
Kerjasama dengan syarikat automotif mewah British itu bukan sahaja memberikan nilai kewangan kepada JDT, tetapi juga membuka peluang kepada JDT, Johor dan Aston Martin Racing bekerjasama dalam pelbagai bidang untuk tahun mendatang.
 
 

Kerjasama itu juga akan menyaksikan Aston Martin diberi hak mengeluarkan rekaan edisi terhad bertema JDT untuk rangkaian kereta jenis Aston Martin yang akan dijual oleh kelab terbabit.

“JDT amat berbangga dan gembira dapat mencapai persetujuan dengan ibu pejabat jenama tersebut yang berpusat di United Kingdom dan pejabat Asia,” kata kenyataan kelab selepas majlis pemeteraian kerjasama itu di ibu pejabat JDT di Iskandar Puteri.

“Kerjasama dengan syarikat permotoran British ini bukan sahaja memberikan nilai kewangan kepada JDT, tetapi juga membuka peluang kepada JDT, Johor dan Aston Martin Racing bekerjasama dalam pelbagai bidang untuk tahun-tahun yang akan datang.”



“JDT adalah juara di padang dengan kejayaan yang konsisten dan mendominasi tajuk-tajuk berita di luar padang dengan infrastruktur berkelas dunia, kekuatan jenama serta hubungan dengan kelab terkemuka antarabangsa, individu, organisasi dan entiti perniagaan.”

Dengan termeterai kerjasama itu, JDT membuktikan kredibiliti sebagai sebuah pasukan bertaraf kelab di Asia Tenggara yang berjaya memikat jenama antarabangsa seperti Aston Martin Racing, Unicef, Nike, Hublot, Subway dan SWAG EV.

Kerjasama ini juga boleh digambarkan sebagai kerjasama antara juara dalam bidang masing-masing dengan JDT selaku juara Liga Super tujuh kali berturut-turut manakala Aston Martin Racing pula adalah juara perlumbaan Le Mans Endurance 2020. 
 

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan jenama terkemuka dunia, Aston Martin Racing Asia mengumumkan jalinan kerjasama yang akan mengukuhkan lagi jenama skuad Harimau Selatan sebagai peneraju bola sepak di Asia Tenggara.

GALERI
VIDEO

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here