Sambil menyelam minum air, helikopter tapau nasi ganja rupanya dapat kebenaran urusan lain

2408

Bukannya untuk membawa tempahan nasi ganja seperti yang dikatakan helikopter yang mendarat di Padang Ipoh, Perak itu rupanya hanya  mendapat kebenaran rentas negeri bagi tujuan penyelenggaraan.

nasi ganja

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid pihaknya sudah merakam kenyataan ketua balai polis yang memberi kebenaran dan semua individu yang terlibat, termasuk pengadu, pemilik premis makanan dan pemilik syarikat helikopter jenis Bell 505 Global Ranger itu.



Orang ramai diminta tidak membuat spekulasi kerana boleh mengganggu proses siasatan  di bawah Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit.

nasi ganjaBaru-baru ini, polis Perak dilaporkan mengambil keterangan beberapa individu termasuk seorang lelaki bergelar Datuk berusia 52 tahun bagi membantu siasatan insiden berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Selangor.

Isu berkenaan tular dalam media sosial apabila sebuah helikopter mendarat di Padang Ipoh dipercayai untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja yang ditempah pelanggan dari ibu negara di sebuah kedai menjual nasi kandar terkemuka di bandar raya ini.

@501awani

Ambil 36 bungkus ‘nasi ganja’ dengan helikopter ##TikTokNews ##FYP ##AWANInews

♬ original sound – 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam satu kenyataan Sabtu lalu memaklumkan helikopter Bell 505, dikendalikan oleh Systematic Aviation Services Sdn. Bhd. (SAS) itu, berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang ke Ipoh pada 9:08 pagi sebelum kembali ke Subang pada 1:02 pagi, seperti difailkan dalam pelan penerbangan.

 

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here