Neymar tayang Mercedes helikopter acah Batman berharga RM61.4 juta

2339

Neymar mengejutkan peminatnya di Instagram apabila memuatnaik imej dirinya berlatar belakang sebuah helikopter peribadi bernilai £10 juta (RM61.4 juta).

Dalam tempoh 24 jam imej dengan kapsyen ringkas ikon ‘syukur’ tersebut menerima lebih dari 5 juta tanda suka. 

Helikopter jenama Mercedes serba hitam itu diparkir di ruangan lapang rumahnya di Rio yang bernilai £7 juta (RM40 juta). Bahkan pemain Brazil itu juga meletakkan singkatan namanya ‘NJR’ pada ekor helikopter yang dikustom itu. 

Model H-145 tersebut merupakan salah satu produk pengeluaran terkini Mercedes dan rekaannya mengambil inspirasi dari kenderaan Batman. 

Jom Baca:   Mercedes-Benz lanjut kontrak dengan Williams

Neymar merupakan peminat tegar komik DC tersebut bahkan memiliki tatu adiwira itu selain pernah berpakaian sebagai Batman pada parti kostum. 

Berdasarkan pendedahan bayaran pemain bola termahal Eropah Mac lalu, Neymar berada di tempat ketiga dengan bayaran £606,000 (RM3.5 juta) seminggu dan gaji tahunan sekitar  £31.5 juta (RM184 juta)

Dengan nilai bayaran yang diterima berkenaan wang bukanlah isu bagi pemain berusia 29 tahun berkenaan untuk bermewah. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NJ 10 🇧🇷 (@neymarjr)

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here